Gempa Bumi Sederhana Gegar Sumatera Selatan

Gegaran gempa bumi dengan magnitud 6.3 melanda Bengkulu pada 23 Mei 2025 menyebabkan kerosakan rumah dan harta benda.

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Satu gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.6 melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 8.22 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.6 darjah selatan dan 102.2 darjah timur, dengan kedalaman 70 kilometer (km).

Gempa bumi itu berada pada jarak 199km selatan dari Bengkulu, Indonesia.

Pusat gempa bumi dengan kekuatan magnitud 5.6 di kawasan 199 kilometer selatan Bengkulu, Sumatera Selatan pada 27 Disember 2025. Foto MetMalaysia

MetMalaysia bagaimanapun memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berkenaan.

Kali terakhir gempa dikesan di kawasan berkenaan ialah pada 23 Mei lalu dengan kekuatan magnitud 6.3 menyebabkan kemusnahan besar di pesisir pantai.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *