Gelombang Haba Kini Ragut Lebih 1,700 Orang Di Sepanyol, Portugal

Firefighters puts water on a trees at a forest fire near Louchats, 35 kms (22 miles) from Landiras in Gironde, southwestern France, Monday, July 18, 2022. France scrambled more water-bombing planes and hundreds more firefighters to combat spreading wildfires that were being fed Monday by hot swirling winds from a searing heat wave broiling much of Europe. With winds changing direction, authorities in southwestern France announced plans to evacuate more towns and move out 3,500 people at risk of finding themselves in the path of the raging flames. (Phillippe Lopez)
COPENHAGEN, 23 Jul – Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah semalam memaklumkan gelombang haba yang melanda Eropah mengakibatkan lebih 1,700 kematian di Semenanjung Iberian setakat ini.
Justeru, mereka menggesa tindakan bersama dalam menangani perubahan iklim.
“Gelombang haba membunuh. Dalam beberapa dekad lalu, ratusan ribu orang terkorban akibat gelombang haba ekstrim disusuli kebakaran hutan yang berlaku.
“Tahun ini, kita menyaksikan lebih 1,700 kematian akibat gelombang haba di Sepanyol dan Portugal,” kata Pengarah WHO Eropah, Hans Kluge.
Kluge menegaskan, pendedahan terhadap suhu ekstrim memberi kesan kepada keadaan kesihatan termasuk golongan berisiko tinggi iaitu kanak-kanak, bayi dan warga emas.
WHO Eropah menjelaskan angka terbabit berdasarkan jangkaan awal laporan yang diterima daripada pihak berkuasa dan jumlah itu dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Angka sebenar kematian dikaitkan dengan gelombang haba tidak dapat diketahui buat masa ini dan musim panas masih lagi panjang.
“Peristiwa yang berlaku ini memerlukan semua pihak bertindak untuk menangani perubahan iklim,” kata Kluge.
Badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata kerajaan perlu menunjukkan iltizam dalam melaksanakan Perjanjian Paris yang menetapkan sasaran untuk mengehadkan tahap kepanasan kepada dua darjah Celsius, di atas paras praindustri dan tidak melebihi 1.5 darjah Celsius.
Beliau berkata, anggota WHO di wilayah Eropah merangkumi 53 negara termasuk di Asia Tengah sudah menunjukkan komitmen kerjasama terhadap ancaman kesihatan global dan kini tiba masa untuk melakukannya sekali lagi.
– AFP
