Gara-Gara ‘Efek Domino’, 67 Kontena Jatuh Ke Laut California

67 kontena terjatuh ke dalam laut ketika operasi bongkar muat di Pelabuhan Long Beach, California, Amerika Syarikat pada 9 September 2025. Foto ABC

CALIFORNIA, 10 Sep – Lebih 60 kontena kargo dilaporkan terjatuh ke laut selepas sebuah kapal kargo mengalami insiden mengejutkan ketika proses bongkar muat di Pelabuhan Long Beach, California, Amerika Syarikat, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, kapal kargo Mississippi yang sedang bersandar di Terminal Pier G dikatakan mengalami ‘efek domino’ apabila tali pengikat kontena dibuka, menyebabkan 67 kontena terhumban ke laut.

Jurucakap Pengawal Pantai AS mengesahkan, semua kontena yang jatuh sudah dikenal pasti terapung berhampiran lokasi insiden dan operasi mengawal keadaan sedang dijalankan.

67 kontena terjatuh ke dalam laut ketika operasi bongkar muat di Pelabuhan Long Beach, California, Amerika Syarikat pada 9 September 2025. Foto ABC

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Namun, operasi bongkar muat di terminal berkenaan dihentikan serta-merta bagi memberi laluan kepada pasukan penyelamat dan pihak berkuasa melakukan kerja-kerja keselamatan.

Kapal anti-pencemaran STAX 2 yang berada berhampiran turut terkena beberapa kontena yang jatuh, tetapi tiada kerosakan serius dilaporkan.

Menurut kenyataan awal pihak pelabuhan, insiden dipercayai berpunca daripada kontena yang tidak seimbang ketika proses pelepasan tali pengikat.

67 kontena terjatuh ke dalam laut ketika operasi bongkar muat di Pelabuhan Long Beach, California, Amerika Syarikat pada 9 September 2025. Foto ABC

Bagaimanapun, faktor kestabilan kapal turut disiasat sebagai punca tambahan.

Setakat ini tiada tanda tumpahan bahan kimia atau minyak dilaporkan, namun pihak berkuasa masih memantau kerana sebahagian kontena mungkin mengandungi bahan yang boleh mencemar laut.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *