Fitnah: Teresa Kok Senarai 18 Individu, Buat Laporan Polis

Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung hantaran berkenaan artikel yang berbaur fitnah yang bertajuk “Sijil halal untuk babi adalah wajar -Teresa Kok” pada 15 Januari 2026. Foto Teresa Kok

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Seramai 18 individu dikenal pasti telah menyiarkan hantaran berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling pada Khamis.

Laporan berkenaan dibuat berhubung hantaran berkenaan artikel yang berbaur fitnah yang bertajuk “Sijil halal untuk babi adalah wajar – Teresa Kok”.

“Saya terpaksa membuat laporan polis dan laporan kepada MCMC kerana artikel ini telah tular di media sosial, dan saya langsung tidak pernah membuat kenyataan ini.

“Pada 14 Januari 2026, saya terima beberapa mesej whatsapp daripada Kawan saya berkenaan satu artikel yang bertajuk “Sijil Halal untuk babi adalah wajar – Teresa Kok” dengan gambar foto saya. Saya difahamkan ia telah tular di media sosial.

“Artikel ini adalah berunsur fitnah terhadap saya kerana saya langsung tidak pernah membuat kenyataan begini.

“Setakat ini, akaun Facebook yang menyiarkan artikel fitnah dan palsu ini termasuk:

  1. Muhammad Firdaus Abdullah
  2. Rohani Rahman
  3. Megats Panji Alams
  4. Bossku Gopal
  5. Rosedi Ismail
  6. Othman Orhman
  7. Shogun TurusEmpat
  8. Kay Utd
  9. Muhazam Mamat
  10. Zahar Mohd
  11. Manda Sara
  12. Amir Hassan
  13. Ahmad Shuaib Ismail
  14. Mohd Redzuan Ismail
  15. Nasir Jamaludin
  16. Azurin Wahab
  17. Anida Osman
  18. Mohd Noor

“Selain itu, satu akaun bernama “infra.gadget” di media sosial THREAD juga menyebarkan artikel palsu tersebut,” ujar Kok di Facebook.

Beliau menambah, artikel palsu dan berunsur fitnah ini telah mencemarkan nama baiknya dan menjadikan dirinya sebagai penghasut kaum dan agama yang menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Saya memohon pihak polis menjalankan siasatan terhadap kesemua pemilik akaun media sosial yang menyiarkan artikel yang berbaur hasutan ini dan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya,” ujar beliau lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *