Fitnah: Polis KL Terima Laporan Terhadap Chegubard

Dakwaan berbaur fitnah Chegubard kononnya tiga wakil pembangkang diterima menghadap Agong sedangkan tiada seorang pun wakil dibenarkan masuk ke Istana Negara. Foto Mr Nazril

KUALA LUMPUR, 23 JanKetua Polis Kuala Lumpur Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan dakwaan oleh Chegu Bard bahawa tiga wakil Perikatan Nasional (PN) telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Beliau berkata kes itu akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Allaudeen berkata demikian mengenai laporan polis yang dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Travers semalam terhadap Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin.

Kenyataan Chegu Bard didakwa dibuat dalam sebuah video berdurasi 52 saat yang disiarkan menerusi aplikasi TikTok bernama “Alias Official.”

Laporan itu seterusnya menafikan dakwaan Chegu Bard dan menyifatkan ia sebagai kenyataan tidak tepat serta meminta pihak polis mengambil tindakan lanjut.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *