Fitnah: Konon Benci DAP Tapi Terpaksa Bayar RM830 Ribu Kepada Pemimpin DAP!

Terlalu sedap memfitnah DAP tetapi akhirnya Siti Mastura terpaksa membayar RM830 ribu kepada tiga pemimpin DAP jika tidak kerusi parlimen pasti melayang! Foto Suara Rakyat
GEORGE TOWN, 23 Jan – Konon membenci DAP namun akhirnya Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad terpaksa akur menjelaskan bayaran sebanyak RM830,034.75 merangkumi ganti rugi, kos guaman dan faedah kepada tiga pemimpin DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok setelah kalah saman fitnah seperti diputuskan Mahkamah Tinggi, 4 Disember tahun lalu.
Difahamkan pembayaran dilakukan melalui cek ke akaun firma guaman yang mewakili ketiga-tiga plaintif, Datuk Sankara Narayanan Nair (SN Nair), semalam.
Sankara mengesahkan cek pembayaran berkenaan diterima lewat malam tadi dan jumlah itu termasuk faedah, menjadikan keseluruhan RM830,034.75.
“Walaupun cek itu tertakluk kepada kelulusan (bank), kami yakin ia sah. Klien saya berpuas hati, dan kami menerima cek tersebut.
“Persetujuan ini akan direkodkan dan kami akan mengeluarkan surat aku janji yang diperlukan,” katanya.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi menjadualkan prosiding hari ini untuk memutuskan permohonan Siti Mastura bagi menangguhkan pembayaran kepada ketiga-tiga plaintif.
Bagaimanapun, peguam defendan memberitahu pemberita, perkara itu sepatutnya disebut dalam kamar kerana terdapat perkembangan penting yang perlu dimaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Datuk Quay Chew Soon.
Terdahulu Mahkamah Tinggi pada 4 Disember tahun lalu memutuskan kenyataan Siti Mastura yang mengaitkan veteran serta pemimpin DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok mempunyai pertalian dengan komunis dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng sebagai fitnah dan tidak disokong bukti.
Susulan itu, mahkamah mengarahkan Siti Mastura membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 masing-masing kepada Kit Siang, Guan Eng (RM250,000) dan RM200,000 kepada Teresa, selain menetapkan RM25,000 dibayar kepada setiap plaintif sebagai kos.
Namun persoalan utamanya adalah, adakah Siti Mastura telah ‘insaf’ atas perbuatan fitnahnya dan kedua dari mana datangnya wang untuk membayar kos hampir satu juta ringgit itu?
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


