FFC: PM Anwar Kecam Keras Rejim Isr@el Tahan 9 Kapal Bantuan

Sembilan kapal termasuk Conscience dan Umm Saad yang dinaiki sembilan aktivis Malaysia dalam misi FFC dan Madleens to Gaza telah dipintas tentera Israel, namun maklumat terperinci mengenai peserta masih belum diketahui. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Perdana Menteri mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa susulan penahanan sembilan kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG), hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan menahan kapal kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat.

“Saya menuntut agar kesemua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan dengan segera, diberikan perlindungan sewajarnya dan tidak diapa-apakan sepanjang tempoh tahanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras tindakan rejim Israel menahan kapal misi kemanusiaan FFC dan TMTC pada 8 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kerajaan Madani akan berusaha sedaya-upaya melindungi setiap nyawa anak Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan berhubung dengan negara rakan dan pertubuhan antarabangsa bagi memudah cara pembebasan mereka segera.

Terdahulu, kapal Conscience yang membawa aktivis misi kemanusiaan FFC x TMTG dipintas tentera zionis Israel.

Perkembangan baharu itu dikongsi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang memaklumkan tentera berkenaan melakukan sekatan ke atas semua bot berkenaan pada 10.50 pagi (waktu Malaysia).

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *