Fahmi Ucap Takziah Pemergian Aktivis Teater Rosminah Tahir

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah Rosminah Tahir yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.30 petang tadi. Foto X Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah atas pemergian aktivis teater ternama tanah air, Rosminah Tahir yang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, sekitar petang tadi.

Menerusi hantaran di X, Fahmi menyifatkan allahyarhamah antara sumber inspirasi beliau sebagai seorang anak muda yang bergiat dalam bidang teater tidak lama dahulu.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

“Takziah buat seluruh ahli keluarga,” katanya.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah Rosminah Tahir yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.30 petang tadi. Foto X Fahmi Fadzil

Terdahulu allahyarham yang berusia sekitar awal 60-an baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran pada 13 Mei lalu.

Bagaimanapun, punca kematian bekas Ketua Jabatan Teater Akademi Seni dan Warisan Negara (ASWARA) itu belum dipastikan lagi.

Antara rakan penggiat seni yang berkongsi khabar pemergian Allahyarham ialah aktor veteran seperti Fauziah Nawi dan Zulkifli Ismail yang memuat naik hantaran di akaun Facebook masing-masing.

Turut berduka cita atas pemergian Allahyarham adalah komuniti, alumni teater dan rakan media, yang antara lain menyifatkan Allahyarham Rosminah sebagai sosok ibu penyayang, pembimbing dan guru yang banyak memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada mereka.

Banyak teater arahan Allahyarham Rosminah yang mendapat sambutan luar biasa antaranya teater Anugerah pada 1996, Lantai T Pinkie (1997), dan Malam Haram.

Jenazah Rosminah juga akan dibawa ke pulang ke kampung halaman Allahyarham di Muar, Johor untuk dikebumikan.

Difahamkan ramai selebriti serta penggiat teater berada di kediaman Rosminah sekitar pukul 5.30 petang sebaik mendapat berita pemergian Allahyarham.

Antara mereka ialah Datuk M Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa; pelakon dan pengacara Sherry Al Hadad serta pegawai-pegawai kanan ASWARA.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *