Fahmi Ucap Takziah Atas Pemergian Wartawan Siti Nor Hafiza Di London

Ucapan takziah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil kepada keluarga allahyarhamah Siti Nor Hafiza di Facebook. Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 28 DisMenteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga wartawan hiburan Siti Nor Hafiza Kamarudin yang meninggal dunia di London hari ini.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Baru petang tadi saya maklumkan tentang saudari Fiza Kamaruddin, wartawan, yang kritikal di hospital London.

“Malam ini saya menerima khabar duka. Beliau telah meninggal dunia. Saya ucapkan takziah buat keluarga Allahyarhamah Fiza Kamaruddin. Semoga keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian yang berat ini. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook malam ini.

Terdahulu, suaminya Mohd Roshdi Ramli memaklumkan kepada Bernama bahawa isterinya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Siti Nor Hafiza, 40, sebelum itu dirawat di Hospital Charing Cross, London selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow semalam untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.

Wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media itu terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London dan berlepas bersama suaminya Mohd Roshdi dan dua cahaya mata mereka pada pertengahan bulan ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *