Fahmi Mahu Saman Pihak Fitnah Dirinya Mengenai Isu Coldplay

Fahmi berkata perkara itu terkait dengan satu hantaran grafik yang mengaitkan gambarnya yang mempunyai unsur fitnah dan berbeza dengan konteks sebenar. Foto Arkib

PUTRAJAYA, 26 Nov – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bersedia mengambil tindakan saman ke atas pihak yang memfitnah dirinya dalam isu penganjuran konsert Coldplay.

Katanya, ia berikutan hantaran berbentuk infografik diterbitkan badan dikenali sebagai Gerakan Pengundi Sedar itu disifatkan sebagai berbaur pembohongan daripada konteks sebenar.

“Ia mendakwa konon saya mengucapkan ‘Alhamdulillah, konsert itu berjalan dengan baik’, walhal tuduhan ini bersifat fitnah malah berniat jahat,” katanya ketika ditemui pemberita pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya petang tadi.

Konsert ‘Coldplay: Music of the Spheres World Tour in Kuala Lumpur’ itu berlangsung meriah di Stadium Nasional pada 22 November lalu dengan dihadiri kira-kira 85,000 penonton.

Mengulas lanjut, Fahmi menegaskan bahawa laporan asal yang disiarkan media itu juga dapat dibaca melalui laman sesawangnya dan bukan seperti digambarkan gerakan tersebut.

Fahmi berkata perkara itu terkait dengan satu hantaran grafik yang mengaitkan gambarnya yang mempunyai unsur fitnah dan berbeza dengan konteks sebenar. Foto Arkib

“Ia lari daripada apa yang saya sebut sendiri dan saya akan minta peguam untuk teliti pihak yang membuat infografik berkenaan sebelum diambil tindakan undang-undang.

“Langkah itu juga bukan pelik kerana beliau pernah menyaman tiga individu berprofil tinggi yang memfitnah teruk dirinya dengan memesongkan fakta asal,” jelasnya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *