Fahmi Ingatkan Akmal Saleh Jangan Salah Tafsir Titah Agong

Fahmi sampaikan sumbangan kepada Zaiton Sameon dalam Program Ziarah Madani FINAS bersama Menteri Komunikasi, di rumah betas artis itu di Apartment Sri Baiduri, Taman Bukit Indah, Ampang. Foto Raihana Mansor

AMPANG, 4 Apr – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengingatkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh agar tidak menyalah tafsir dan mengambil kesempatan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung isu stoking yang tertera kalimah ‘Allah’.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata, pemimpin politik sepatutnya mematuhi titah Sultan Ibrahim selaku pemimpin tertinggi negara untuk tidak memanjangkan kontroversi itu.

Ditanya mengenai tindakan Dr Muhamad Akmal yang dilihat masih memainkan isu stoking tertera kalimah ‘Allah’, Fahmi berkata, titah Sultan Ibrahim sudah jelas dan semua pihak perlu menghentikan polemik itu.

“Bagi yang beragama Islam, berbangsa Melayu, kedudukan Agong di paras tinggi, paling tinggi, bagi saya – mengingkari titah dan sengaja mentafsirkan (titah Agong) dalam cara yang lain, bagi saya kurang sesuailah.

Fahmi sampaikan sumbangan kepada Zaiton Sameon dalam Program Ziarah Madani FINAS bersama Menteri Komunikasi, di rumah betas artis itu di Apartment Sri Baiduri, Taman Bukit Indah, Ampang. Foto Raihana Mansor

“Pandangan saya, titah Tuanku itu sangat jelas kecuali untuk mereka yang tak nak titah Tuanku itu menjadi jelas. Kita perlu junjung titah Tuanku terutama di kalangan ketua-ketua.

“Cukuplah, kita dah nak raya ‘enough is enough’. Hentikanlah polemik ini, Tuanku bukan bertitah sekali atau dua kali, malah duli-duli Tuanku juga sudah menyampaikan titah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Ziarah Seni Madani anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 2024 di kediaman penyanyi era 1980-an, Zaiton Sameon di Apartmen Sri Baiduri, di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam hantaran media sosial, Dr Muhammad Akmal menegaskan beliau akan terus memboikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart dan orang ramai boleh melakukan perkara itu tanpa paksaan.

Semalam, Dr Akmal juga dipetik sebuah portal berita sebagai berkata “Agong ada larang untuk tidak boikot ke?” ketika ditanya sama ada beliau akan mematuhi titah baginda dan kepimpinan UMNO pusat supaya menghentikan isu berkenaan.

Semalam, Sultan Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan daripada isu berkenaan, termasuk menghasut orang ramai, selepas berkenan mengadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan yang meminta maaf kepada baginda berhubung isu berkenaan.

Titah baginda, semua pihak mesti lebih bertanggungjawab dan berharap ia kali terakhir berlaku.

Yang di-Pertuan Agong juga sebelum ini menzahirkan perasaan dukacita dan murka berhubung penjualan sarung kaki tertera kalimah Allah itu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *