Fahmi Hadir Program Sembang Santai Komuniti MADANI Di Sungai Bakap

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meluangkan masa hadir pada program santai Komuniti MADANI di sebuah warung di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Foto RTM
NIBONG TEBAL, 6 Jun – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meluangkan masa ke Program Sembang Santai Komuniti MADANI di sebuah warung di Sungai Bakap pagi ini.
Beliau yang tiba pada jam 9 pagi tadi seterusnya akan melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat.
Lawatan beliau yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Agong ke Pulau Pinang hari ini bagi mengadap Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak petang ini di kediaman rasmi di Seri Mutiara, George Town.
Ia bertujuan bagi mempersembah Warkah Persilaan istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang dijadual 20 Julai depan di Istana Negara.
Terdahulu pada Selasa, Fahmi mengadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Salehhuddin bagi mempersembahkan warkah berkenaan di Istana Anak Bukit, Alor Setar. – Berita RTM
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

