Fadhlina Lapor Polis Isu Fitnah Perkataan ‘Kafir’

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membuat laporan polis berhubung fitnah perkataan kafir yang tular di media sosial. Foto Facebook Fadhlina Sidek

KUCHING, 30 Mac – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat laporan polis dan bakal mengambil tindakan undang-undang susulan penyebaran hantaran berbaur fitnah terhadapnya di laman sosial.

Ia merujuk kepada satu video tular memaparkan Fadhlina yang didakwa menolak penggunaan label ‘kafir’ ketika berucap dalam satu majlis.

Fadhlina berkata, beliau telah menerima kata-kata berbaur kebencian, tuduhan tidak benar malah ancaman keselamatan di alam maya.

“Laporan polis telah dibuat, atas faktor keselamatan. Atas nasihat pasukan peguam pula, semua bukti daripada hantaran, komentar, dan mesej peribadi di media sosial yang pelbagai sedang dikumpulkan dan tindakan undang-undang akan diambil.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membuat laporan polis berhubung fitnah perkataan kafir yang tular di media sosial. Foto Facebook Fadhlina Sidek

“Mungkin ada yang memang bertindak dengan sengaja, ada pula melulu atas kejahilan. Allah maha mengetahui,” katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.

Laporan dibuat Setiausaha Politiknya, Atiqah Syairah Shaharuddin di sebuah balai polis di sini kira-kira jam 4.21 petang tadi dan dimuat naik di laman media sosial sebentar tadi.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Fadhlina kononnya menolak penggunaan label kafir dan mengharamkan anak-anak beliau menggunakan perkataan tersebut di rumah.

Penyebaran hantaran tersebut telah membuatkan Fadhlina menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen sehingga mengancam keselamatan dirinya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *