Empat Wanita Asing Pakai Bikini ‘Berjemur’ Dekat Kuil Dikecam

Imej tersebut menunjukkan wanita-wanita itu memakai bikini sambil duduk dan berbaring di atas rumput di Chiang Mai pada 5 Januari 2026.

CHIANG MAI, 15 Jan – Sekumpulan wanita warga asing menerima kecaman di sini, selepas dirakam berjemur d bawah matahari dengan hanya memakai bikini berhampiran sebuah kuil Buddha, lapor portal berita MSNews hari ini.

Kejadian itu berlaku di sebuah kawasan berumput terletak bertentangan dengan Kuil Ratchamonthian, sebuah tapak suci penganut Buddha di sini, pada 5 Januari lalu.

Foto memperlihatkan tubuh empat wanita tersebut dimuat naik di sebuah halaman Facebook tempatan, dengan pengirim asal (OP) mengecam perbuatan itu sebagai tidak wajar.

Imej tersebut menunjukkan wanita-wanita itu memakai bikini sambil duduk dan berbaring di atas rumput seakan separuh bogel seperti berada di tepi pantai.

Dalam hantaran tersebut, OP menekankan bahawa tingkah laku demikian disifatkan tidak menghormati budaya Thai dan mempersoalkan sama ada pelancong berkenaan berusaha untuk mempelajari adat tempatan.

Portal berita Thailand, Khaosod, melaporkan bahawa OP menyaksikan kejadian itu ketika memandu melalui bandaraya kedua terbesar di negara itu.

Ramai netizen Thailand meluahkan rasa kecewa dengan seorang daripada mereka mencadangkan supaya pihak berkuasa meletakkan papan tanda di sekitar kawasan itu bagi mendidik pelancong tentang adat tempatan. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *