El Nino Sebabkan Hujan Lebat, Tiga Maut Setakat Ini

Laporan awal pejabat wilayah Institut Pertahanan Awam Kebangsaan (INDECI), beberapa jalan utama tidak dapat dilalui akibat timbunan lumpur dan serpihan pada 24 Februari 2026.

LIMA, 26 Feb – Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala lebih 3,000 kediaman terjejas akibat tanah runtuh dan limpahan lumpur susulan hujan lebat berterusan di wilayah Piura, utara Peru.

Menurut laporan awal pejabat wilayah Institut Pertahanan Awam Kebangsaan (INDECI), beberapa jalan utama tidak dapat dilalui akibat timbunan lumpur dan serpihan.

Manakala puluhan keluarga terpaksa dipindahkan ke rumah jiran atau pusat komuniti dan mangsa korban dijangka terus meningkat ketika operasi menyelamat terus digerakkan.

Banjir lumpur melanda beberapa kawasan di Peru memusnahkan kediaman dan memaksa penduduk berpindah pada 24 Februari 2026. Foto VIORY

Rakaman di lokasi menunjukkan kediaman dan jalan raya ditenggelami lumpur tebal selain gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan penduduk setempat.

Kejadian berlaku selepas hujan berterusan selama beberapa jam sehingga mencetuskan aliran lumpur secara tiba-tiba.

Kerajaan persekutuan turut mengisytiharkan darurat di beberapa daerah susulan hujan lebat yang dikaitkan dengan fenomena El Nino pesisir yang membawa hujan lebat, suhu tinggi dan ketidakstabilan atmosfera.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *