Dua Terbunuh Pesawat Kargo Terhempas Di Alaska

Pemandangan dari udara menunjukkan pesawat kargo terhempas berhampiran Sungai Tanana, Alaksa. Foto NTSB
SAN FRANCISCO, 24 Apr – Sebuah pesawat kargo Douglas DC-4 terhempas di tengah Alaska mengakibatkan dua terbunuh, kata pihak berkuasa.
Pesawat itu berlepas pada waktu pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks dan terhempas kira-kira 11km dari lapangan terbang itu, terbakar di bukit curam di tebing sungai Tanana dan mengeluarkan “kepulan asap yang besar” , lapor Xinhua yang memetik laporan Associated Press.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) telah menghantar penyiasat ke tapak itu, kata Ketua Pejabat Serantau NTSB di Alaska, Clint Johnson.

Masih tidak jelas apa yang berlaku semasa pelepasan dan nahas, kata Johnson dipetik oleh Fox TV Digital.
Maklumat lanjut seperti tujuan dan destinasi kargo itu masih belum diperoleh.
DC-4 adalah pesawat pacuan empat enjin yang mula beroperasi sejak awal 1940-an.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
