Dua Kumpulan Remaja Bergaduh, Seorang Maut Di New York

Anggota Jabatan Polis New York (NYPD) menutup lokasi tembakan di stesen kereta api bawah tanah Mount Eden Avenue, Bronx, New York. Foto Reuters

NEW YORK, 13 FebSeorang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam insiden tembakan di stesen kereta api bawah tanah di Bronx, di sini pada Isnin, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

Insiden itu dipercayai berpunca daripada pertikaian antara dua kumpulan remaja yang menggunakan pengangkutan berkenaan.

Menurut laporan media, seorang pengguna kereta api berusia 34 tahun terbunuh manakala dua remaja antara mangsa yang cedera.

Ketua transit di Jabatan Polis New York Michael Kemper menyifatkan kejadian itu sebagai kes terpencil.

Polis tempatan masih berusaha mengenal pasti sekurang-kurangnya seorang lagi penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *