Dua Helikopter Terhempas Lepas Berlanggar Di Udara

Imej tangkap layar video tular menunjukkan insiden berkenaan di kawasan TLDM Lumut, Perak.

LUMUT, 23 Apr – Dua helikopter dilaporkan berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini, pagi ini.

Difahamkan, kedua-dua helikopter berkenaan sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.

Jumlah mangsa yang terbabit dalam nahas itu masih belum diketahui.

Namun maklumat awal yang belum disahkan memberitahu beberapa anggota maut dan yang lain cedera.

Sumber daripada Unit Komunikasi Strategi TLDM berkata, satu siaran media akan dikeluarkan oleh pihaknya dalam masa terdekat.

Imej tangkap layar video tular menunjukkan insiden berkenaan di kawasan TLDM Lumut, Perak.

Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat di media sosial yang memaparkan sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-duanya kelihatan terjunam ke darat.

Dalam video sama, kelihatan terdapat serpihan helikopter jatuh ke dataran berhampiran lokasi ratusan anggota TLDM lain sedang melakukan latihan perbarisan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *