Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Lokasi gegaran dua gempa bumi melanda selatan Jepun pada petang Khamis dengan amaran tsunami dikeluarkan.
TOKYO, 8 Ogos – Gempa bumi dengan kekuatan 6.9 magnitud diikuti oleh gegaran kedua 7.1 menggegar luar pantai selatan Jepun pada Khamis, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Tsunami setinggi satu meter dijangka tiba atau sudah tiba di beberapa kawasan pesisir di pulau Kyushu dan Shikoku, lapor penyiar tempatan NHK.
Gempa bumi pertama berlaku pada kedalaman 33 kilometer (20 batu), diikuti dengan gempa kedua berhampiran pada kedalaman 25 kilometer, kata USGS.
“Kerajaan Jepun sudah menubuhkan satu pasukan khas sebagai tindak balas terhadap gempa bumi, menurut satu kenyataan.
Setakat laporan ini ditulis, jumlah kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa belum dapat ditentukan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

