Dron Iran Berjaya Putus Dua Pesawat AS Di Arab Saudi

Keadaan pesawat E-3 Sentry yang terbelah dua sebuah pangkalan Arab Saudi baru-baru ini. Foto Facebook
RIYADH, 30 Mac – Beberapa imej disahkan sebagai pesawat milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang berada di sebuah pangkalan Arab Saudi musnah dibedil Iran, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.
Gambar-gambar tersebut dikongsikan buat kali pertama oleh sebuah laman Facebook yang memaparkan berita ketenteraan. Ia menunjukkan pesawat E-3 Sentry itu putus dua.
BBC kemudian mengesahkan gambar-gambar itu dirakam di pangkalan udara Putera Sultan, terletak kira-kira 100 kilometer di tenggara ibu negara Arab Saudi, Riyadh.
Ciri dalam gambar-gambar tersebut termasuk tiang, unit penyimpanan dan tanda di kawasan berturap, dipadankan dengan imej satelit.
Jumaat lalu, seorang pegawai memberitahu agensi berita Reuters bahawa 12 anggota tentera AS cedera, dengan dua parah akibat serangan Iran ke atas pangkalan udara tersebut.
Akhbar Wall Street Journal melaporkan, sekurang-kurangnya dua pesawat pengisian bahan api AS rosak, manakala agensi berita Fars berkata, dron Shahed telah menyerang pesawat E-3. – AGENSI
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
