Dr. Sam Calon PM? Kumpulan Bersatu Tidak Puas Hati

KEMAMAN, 2 Dis – Memasuki pecutan terakhir kempen Pilihanraya Kecil Kemaman, Terengganu, kita mula melihat kempen Menteri Besar Terengganu Samsuri Mokhtar dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri Pas.

Ini juga turut disokong bekas Perdana Menteri yang kini Penasihat kerajaan negeri Terengganu, Tun Mahathir Mohamad.

Tindakan ini disambut para penyokong Pas walaupun keputusan ini jelas membelakangi Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man.

Rasa tidak puas hati pula mula disuarakan oleh beberapa penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mendakwa tindakan ini sebagai suatu pengkhianatan.

Dalam usaha mengangkat semula Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia, Bersatu berhadapan detik hitam selepas lima Ahli Parlimen parti itu menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Bagi penyokong Bersatu Kemaman yang dikenali sebagai Che Man, sepatutnya sebarang keputusan perlu melalui perbincangan bersama.

Menurutnya lagi ketika ditemui dalam kempen PRK Kemaman, selain Muhyiddin yang mereka gelar ‘Abah’, calon yang jauh lebih layak adalah Hamzah Zainuddin yang merupakan satu-satunya Ahli Parlimen pembangkang berani menjadi Ketua Pembangkang ketika yang lain takut akan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan Pas jelas pengkhianatan kepada Bersatu yang dilihat Pas sebagai parti lemah yang terpaksa dipikul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *