Delegasi Permatang Pauh Teruja Ke Kongres Nasional KEADILAN 2023 Biarpun…

Naib Presiden KEADILAN yang juga Ketua Cabang Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar bergambar bersama para perwakilan dan pemerhati dari Permatang Pauh sejurus Kongres Nasional KEADILAN 2023 berakhir pada Ahad. Foto Muzakkir Haron
PENDAPAT, 27 Nov – Perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara sungguh teruja untuk ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi menghadiri Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2023 bermula Sabtu lalu.
Pada kali ini delegasi yang hadir boleh dianggap bertuah terutamanya KEADILAN Cabang Permatang Pauh telah menyediakan sebuah bas yang disewa khas untuk perwakilan dan pemerhati.
Namun malangnya semasa hendak memulakan perjalanan pada hari Sabtu (25 November 2023), bas tersebut telah mengalami masalah teknikal. Maka waktu yang sepatutnya lebih awal untuk mula bertolak terpaksa mengalami kelewatan hampir sejam lamanya.
Salah seorang perwakilan yang ditemui, Mohd Nor Firdaus Shahabudin dari Seberang Jaya berkata bas mengalami kerosakan penghawa dingin namun tidak lama kemudian masalah tersebut dapat diatasi meskipun terpaksa menunggu agak lama.

Dugaan seterusnya, bas pula bergerak agak perlahan dengan kelajuan hanya 80km sejam. Mereka yang berada di dalam bas seakan-akan gelisah kerana bimbang akan lewat tiba dan terlepas program ucapan dasar Presiden pada sebelah malamnya.
Mujurlah setelah setibanya di sana, mereka masih berkesempatan untuk mengikuti program dan paling bermakna sekali dapat bersama-sama dengan saf kepimpinan di dalam majlis jamuan makan malam.
Firdaus amat menghargai inisiatif yang diusahakan oleh pihak cabang yang memudahkan urusan mereka semasa pergi dan balik bagi menghadiri kongres selama dua hari itu.
Melanjutkan lagi perbualan, Firdaus menjelaskan KEADILAN Permatang Pauh telah menghantar lima orang perwakilan antaranya Salehan Jahaya, Mohd Khairul Ismail dan Firdaus sendiri cuma dua orang perwakilan telah menarik diri di saat-saat akhir. Mereka yang lain-lainya seramai 24 orang adalah terdiri sebagai pemerhati sahaja.
Ketika ditanya dan jawapan yang agak mengejutkan katanya sepanjang berlangsungnya Kongres Keadilan Nasional kali ini meskipun berjalan dengan lancar namun beliau sedikit agak terkilan kerana aura semangat reformasi seakan-akan telah pudar bahkan identiti dan roh parti Keadilan Rakyat juga turut lenyap sama.
Mengakhiri perbualannya sempat menanyakan” adakah Parlimen Permatang Pauh akan bangkit selepas ini?

Beliau terdiam seketika dan terus tidak memberikan sebarang reaksi balas pertanyaan itu.
– Laporan Muzakkir Haron
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
