Deepavali 2025: Wanita KEADILAN Sri Gading Salur Bakul Makanan Ceriakan Perayaan

Ketua Wanita KEADILAN Sri Gading, Noor Fatin Syahirah Razman dan Naib Pengerusi KEADILAN Sri Gading, Mohammad Zarizi Jamil menyerahkan bakul makanan kepada 14 keluarga masyarakat India di Taman Panchor Riang pada 17 Oktober 2025.
SRI GADING, 18 Okt – Keceriaan jelas terpancar di wajah mereka beberapa hari menjelang sambutan perayaan Deepavali yang akan disambut pada 20 Oktober ini.
Terpanggil bersama-sama meraikan perayaan kaum India itu dalam semangat Malaysia MADANI, Wanita Parti KEADILAN Cabang Sri Gading tampil menyalurkan sumbangan kepada 14 keluarga sekitar parlimen ini dalam satu majlis ringkas malam tadi.
Sumbangan berupa bakul makanan itu disampaikan Ketua Wanita KEADILAN Cabang, Noor Fatin Syahirah Razman mewakili sayap itu kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang hadir pada majlis penyerahan di Taman Panchor Riang, di sini.

Ketika ditemui, Noor Fatin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan tertinggi kerajaan terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan menyalurkan sumbangan yang memberi makna kepada masyarakat terutama bagi kaum India.
“Alhamdulillah serahan bakul makanan telah disampaikan kepada mereka dan sejujurnya para penerima berterima kasih kepada pimpinan negara (DSAI) kerana prihatin dengan kebajikan mereka.
“Ini membuktikan sifat Ihsan jelas terserlah menyatuni semua kaum tanpa mengira fahaman politik dalam semangat Malaysia MADANI,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Ketua Cabang KEADILAN Sri Gading, Mohammad Zarizi Jamil berkata, sumbangan berkenaan ternyata mampu menambah keceriaan berganda buat kaum India kerana Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan dimasukkan ke dalam akaun penerima esok (hari ini).
“Di samping penyaluran bakul makanan Deepavali 2025, masyarakat India juga pasti ceria dengan pengumuman Perdana Menteri pada Belanjawan 2026 yang mana STR diawalkan sempena perayaan itu tidak lama lagi.
“Bagi keluarga berpendapatan rendah, STR mampu merancakkan ekonomi setempat apabila para penerima tanpa mengira kaum berbelanja lebih-lebih lagi menjelang Deepavali 20 Oktober ini,” jelasnya.
Salah seorang penerima, Suresh mewakili rakan-rakanya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI atas sumbangan berkenaan dan berharap masyarakat India memanfaatkannya bagi membuat persiapan Deepavali dengan lebih sempurna tahun ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

