Dasar Buku Negara Diteliti Semula – Fadhlina

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan ucaptama pada Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu Dan Majlis Pelancaran Buku Kanak-Kanak Dan Remaja di Balai Budaya Tun Syed Nasir Wisma Dewan Bahasa Pustaka Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Dasar Buku Negara diteliti semula bagi memastikan ia kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, ini kerana beberapa elemen penting yang digariskan dalam Dasar Buku Negara antaranya berkaitan pembudayaan membaca, penerbitan dan pembukuan tidak pernah disemak sejak diperkenalkan 39 tahun lalu iaitu pada 27 November 1985.

“Kami sedang melihat secara tuntas… jawatankuasa (bagi merangka dasar baharu) sudah pun digerakkan dan Dasar Buku Negara baharu akan dimuktamad pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku kanak-kanak dan remaja sempena Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Bahasa Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, hari ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan ucaptama pada Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu Dan Majlis Pelancaran Buku Kanak-Kanak Dan Remaja di Balai Budaya Tun Syed Nasir Wisma Dewan Bahasa Pustaka Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama

Pada majlis itu, Fadhlina turut mengumumkan peruntukan RM2 juta daripada Dana Penggerak Industri Buku Negara (PIBN) bagi menggalakkan penerbitan buku kanak-kanak di dalam negara.

Menurutnya, penerbit yang berminat boleh memohon dan menyediakan cadangan penerbitan buku kanak-kanak bersesuaian bagi dipertimbangkan oleh sebuah jawatankuasa.

“Saya yakin bahawa gerakan dan dana ini mampu menyuntik semangat penerbit untuk menerbitkan buku kanak-kanak yang berkualiti tinggi,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *