Cuaca Panas Paksa Puluhan Sekolah Di Manila Tangguh Sesi

Pelajar menggunakan payung untuk berlindungi dari cuaca panas di Manila. Foto AFP

MANILA, 2 Apr – Puluhan sekolah di Filipina menangguhkan persekolahan kerana cuaca panas.

Menurut Pegawai Pendidikan, penangguhan kelas secara bersemuka pada hari ini kerana tahap kepanasan yang berbahaya.

Menurut ramalan cuaca negeri, indeks suhu panas dijangka mencapai tahap bahaya iaitu 42 darjah Celsius pada hari Selasa dan 43 darjah Celsius pada hari Rabu.

Ramalan suhu tertinggi sebenar untuk Manila pada hari Selasa ialah 34 darjah Celcius.

Pelajar menggunakan payung untuk berlindungi dari cuaca panas di Manila. Foto AFP

Sekolah rendah dan menengah di Quezon, bahagian paling ramai penduduk di bandar itu, diarah ditutup, manakala sekolah di kawasan lain diberi pilihan oleh pegawai tempatan untuk beralih kepada pembelajaran jarak jauh.

Sesetengah sekolah bertindak memendekkan waktu persekolahan untuk mengelakkan risiko cuaca panas.

Indeks suhu panas 42 hingga 51 darjah Celsius boleh menyebabkan kekejangan, keletihan dan berkemungkinan strok haba, sekiranya terdedah kepada cuaca panas berterusan.

“Kekejangan haba dan keletihan haba juga mungkin berlaku pada 33-41C, menurut peramal kaji cuaca. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *