China Tentang Sebarang Pencabulan Kedaulatan Ke Atas Lubnan

Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian ketika sidang media khas mengenai pencerobohan Israel ke atas Lubnan pada 22 September lalu. Foto CCTV
SHANGHAI, 29 Sep – China menentang sebarang pencabulan kedaulatan Lubnan, kata kementerian Luarnya hari ini.
Pendirian itu disuarakan China menerusi laman web kementerian itu susulan serangan udara Israel di Beirut yang mengorbankan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah.
Kematian Nasrallah dianggap sebagai tamparan hebat kepada kumpulan yang bersekutu dengan Iran yang bergelut dengan peningkatan siri serangan Israel.

Kementerian Luar menerusi laman webnya berkata, China menggesa semua pihak terutama Israel supaya segera meredakan keadaan dan menghalang konflik daripada meluas atau ‘hilang kawalan’.
“China menentang dan mengecam semua tindakan yang memudaratkan orang awam yang tidak bersalah dan menentang sebarang tindakan yang memburukkan lagi konflik,” katanya. – REUTERS
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
