Carabao Cup: Liverpool ‘Layan’ Palace, Arsenal ‘Hadap’ Brighton

Liverpool (jersi merah) akan berdepan juara Piala FA, Crystal Palace pada pusingan keempat Piala Liga (Carabao Cup) bulan depan. Foto fail Reuters

LONDON, 25 Sep – Pertembungan sesama kelab Liga Perdana Inggeris (PL) menyaksikan Tottenham akan bertandang ke gelanggang juara bertahan, Newcastle yang mara selepas membelasah Bradford 4-1 dalam Piala Liga Inggeris selepas undian rasmi dijalankan awal pagi tadi.

Liverpool dan Chelsea juga akan berdepan cabaran PL apabila masing-masing diundi menentang Crystal Palace dan Wolves.

The Reds kini memburu gelaran selepas kecewa pada final musim lalu, manakala City yang sudah empat kali menjulang trofi di bawah Pep Guardiola dijangka berdepan laluan lebih mudah apabila bertandang ke Swansea.

Isak (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika Liverpool membenam Southampton 2-1 pada 24 September 2025. Foto AFP

Arsenal akan menentang Brighton pada pusingan keempat dalam satu lagi aksi yang dijangka berlangsung sengit.

Brighton tampak garang dalam saingan musim ini dengan meledak 12 gol ke atas Oxford United dan Barnsley, selain pernah menyingkirkan Arsenal 3-1 di Stadium Emirates pada pusingan ketiga tahun 2022.

Undian turut menemukan dua kelab Wales, Wrexham dan Cardiff yang akan bertarung di Racecourse Ground, manakala kelab pembunuh gergasi Grimsby kembali menentang pasukan PL, Brentford.

Isak merantai pergerakan lawan ketika Liverpool membenam Southampton 2-1 pada 24 September 2025. Foto AFP

Satu lagi aksi menyaksikan kelab Liga Satu, Wycombe menjadi tuan rumah kepada Fulham.

Undian penuh pusingan keempat Piala Liga:

Arsenal mln Brighton

Grimsby mln Brentford

Swansea mln Manchester City

Newcastle mln Tottenham

Wrexham mln Cardiff

Liverpool mln Crystal Palace

Wolves mln Chelsea

Wycombe mln Fulham

Semua perlawanan dijadualkan berlangsung mulai minggu bermula 27 Oktober.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *