Calon TYT Sarawak Sudah Dipersembah Kepada Agong – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 22 JanDatuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nama calon Tuan Yang di-Pertua Sarawak sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan akan diumumkan beberapa hari lagi.

Perdana Menteri berkata, nama calon itu dikemukakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada beliau.

Selain itu, katanya, lantikan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu akan dilaksanakan segera, selain pemilihan calon bagi jawatan berkenaan bakal dibincangkan pada mesyuarat Kerajaan Perpaduan yang dijadual diadakan malam ini.

“Proses lantikan Yang di-Pertua Negeri adalah budi bicara yang Yang di-Pertuan Agong dan akan diumumkan dalam satu dua hari lagi,” katanya ditemui media selepas Wacana Pemikir Global 2024 di Universiti Malaya di sini, hari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *