Caj QR DuitNow: Bank Negara Akan Beri Penjelasan – PM Anwar

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu DuitNow QR Pay akan dijelaskan Bank Negara. Foto Arkib
KUALA LUMPUR, 29 Sep – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata caj dikenakan terhadap pengguna QR DuitNow tidak akan membebankan rakyat berpendapatan rendah.
Menurutnya, keputusan untuk mengenakan caj keatas pengguna itu merupakan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM).
Beliau diminta mengulas perkara berkenaan ekoran kebimbangan ramai peniaga yang mungkin terkesan dengan pengumuman itu yang tular di media sosial beberapa hari lalu.

“Sekarang yang penting tidak membebankan golongan pendapatan rendah,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan Pameran Welcome to Postnormal Times.
Pameran itu berlangsung di KL Jazz & Art Centre, Wisma YPR di Kuala Lumpur dari 29 September hingga 15 Oktober ini.
Semalam, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali platform QR DuitNow mengesahkan pengguna aplikasi itu akan dikenakan caj bermula 1 Nov ini.
Caj kadar diskaun pedagang atau ‘merchant discount rate (MDR)’ bukan perkara baharu kerana ia dikecualikan ketika tempoh pengenalan aplikasi pada 2019, bagi menggalakkan penggunaannya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
