Buru Dana Kerajaan Tiris, KDN Komited Pergiat Penguatkuasaan – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Daerah Kulim kepada seramai 302 penerima di Kulim, Kedah pada 31 Januari 2026. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

KULIM, 31 Jan – Segala usaha dan ikhtiar terus dipergiat Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk aspek penguatkuasaan bagi mendapatkan semula lebih banyak dana kerajaan yang hilang akibat ketirisan dan penyelewengan selaras dengan peringatan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Daerah Kulim kepada seramai 302 penerima di Kulim, Kedah pada 31 Januari 2026. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, kejayaan memperoleh semula RM15.5 bilion dalam tempoh dua tahun lalu membuktikan bahawa penguatkuasaan yang konsisten dan berintegriti mampu menghasilkan pulangan besar kepada negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Daerah Kulim kepada seramai 302 penerima di Kulim, Kedah pada 31 Januari 2026. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Katanya, kerajaan mahu memastikan setiap agensi penguatkuasa menilai sendiri keupayaan mereka untuk memikul tanggungjawab atau memberi laluan kepada pihak yang lebih berwibawa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Daerah Kulim kepada seramai 302 penerima di Kulim, Kedah pada 31 Januari 2026. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

“Perdana Menteri menekankan bahawa RM15.5 bilion yang berjaya diselamatkan itu hanyalah sebahagian daripada jumlah ketirisan sebenar.

“Jika penguatkuasaan dipertingkatkan, jumlah dana yang boleh diperoleh semula jauh lebih besar,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Fasa 2 daerah Kulim, di sini, hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Daerah Kulim kepada seramai 302 penerima di Kulim, Kedah pada 31 Januari 2026. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Saifuddin berkata, mesej tegas Perdana Menteri itu ditujukan kepada semua agensi kawal selia termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan agensi lain yang terbabit dalam membanteras penyelewengan kewangan awam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Daerah Kulim kepada seramai 302 penerima di Kulim, Kedah pada 31 Januari 2026. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Katanya, pimpinan tertinggi setiap agensi diberi tempoh seminggu untuk mengesahkan kesediaan mereka memikul tanggungjawab atau memilih untuk beralih ke jawatan lain, selaras dengan amanat Perdana Menteri.

“Jika seseorang merasakan dirinya tidak lagi berupaya memenuhi aspirasi kerajaan, maka keputusan yang berani perlu dibuat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Daerah Kulim kepada seramai 302 penerima di Kulim, Kedah pada 31 Januari 2026. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

“Itu adalah mesej Perdana Menteri yang kami sambut dengan sifat terbuka di KDN tanpa mempersoalkannya kerana ia merupakan amanah kepada negara,” katanya.

Saifuddin berkata, kementeriannya akan memastikan semangat dan peringatan itu diterjemahkan secara nyata melalui tindakan penguatkuasaan di lapangan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *