Blok Rumah Pekerja Terbakar, Dua Rentung

Kebakaran memusnahkan blok rumah pekerja di Jalan Nyigu, Bintulu mengorbankan dua pekerja pada 2 Februari 2026. Foto JBPM Sarawak

BINTULU, 2 Feb – Dua individu rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah blok rumah pekerja di Jalan Nyigu, Bintulu awal pagi tadi, demikian menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Dua yang rentung terdiri daripada seorang wanita berumur 61 tahun manakala remaja lelaki berumur 15 tahun.

Kedua-dua mangsa ditemui rentung di lokasi kejadian pada jam 4.20 pagi sebelum mayat mereka diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Kebakaran memusnahkan blok rumah pekerja di Jalan Nyigu, Bintulu mengorbankan dua pekerja pada 2 Februari 2026. Foto JBPM Sarawak

Kebakaran itu memusnahkan sebuah blok rumah pekerja dua tingkat yang mempunyai 31 pintu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 1.01 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi.

Operasi berjaya dikawal pada jam 1.28 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.30 pagi setelah kebakaran padam dan keadaan disahkan selamat termasuk seorang remaja lelaki yang berada di lokasi kejadian.

Kebakaran memusnahkan blok rumah pekerja di Jalan Nyigu, Bintulu mengorbankan dua pekerja pada 2 Februari 2026. Foto JBPM Sarawak

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.30 pagi. – Sarawak Edition

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *