Blinken Hubungi Sekutu G7 Bincang Situasi Pejuang Wagner Di Rusia

Antony Blinken memberitahu menerusi Twitter rasmi beliau sedang memantau perkembangan rampasan kemudahan tentera di selatan Rusia bersama G7 dan sekutu NATO. Foto Twitter Antony Blinken.

WASHINGTON, 24 Jun – Antony Blinken hari ini berhubung dengan rakan sejawatnya dalam Kumpulan Tujuh (G7) dan Kesatuan Eropah (EU), selepas pejuang Wagner merampas kawalan beberapa fasiliti ketenteraan di selatan Rusia..

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) itu berkata oleh kerana pejuang Wagner mara ke kawasan dikuasai Rusia, pemantauan bersama sekutu termasuk Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sedang dilaksanakan.

Antony Blinken memberitahu menerusi Twitter rasmi beliau sedang memantau perkembangan rampasan kemudahan tentera di selatan Rusia bersama G7 dan sekutu NATO. Foto Twitter Antony Blinken.

“AS akan menyelaras secara rapat dengan sekutu dan rakan yang lain bagi memantau perkembangan situasi ini,” kata Blinken menerusi Twitter.

Terdahulu, Jabatan Negara AS (Department of State) memaklumkan Blinken berhubung dengan rakan sejawat dalam G7 dari Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom (UK) serta Perwakilan Tinggi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan EU.

“Blinken mengulangi pendirian bahawa sokongan AS kepada Ukraine tidak akan berubah,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller dalam satu kenyataan.

Spekulasi muncul mendakwa Presiden Rusia Vladimir Putin meninggalkan Moscow menuju ke St Petersburg setelah pejuang Wagner berjaya memasuki wilayah yang dikuasai Kremlin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *