Bimbang Data Peribadi Tak Dirahsiakan Antara Punca Pendaftaran PADU Rendah

Ahmad Zahid ketika melancarkan Visit Bahang Bay pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW di Putrajaya.
PUTRAJAYA, 8 Feb – Kebimbangan mengenai butiran peribadi tidak dirahsiakan dipercayai antara punca jumlah pendaftaran dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) masih rendah, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sendiri hanya 33.4 peratus daripada 24,471 warga kementerian itu dan agensi di bawahnya direkodkan berdaftar dalam sistem berkenaan.
“Ya memang setakat ini 33.4 peratus daripada pegawai dan kakitangan KKDW yang sudah mendaftar PADU.
“Tetapi kami sedang mengusahakan beberapa langkah… pada pertengahan bulan ini kita akan lakukan beberapa tindakan untuk memastikan 100 peratus (warga KKDW) akan mendaftarkan dengan PADU,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW di sini, hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
