Bendera Malaysia, Sepanduk Wajah PM Anwar Hiasi New Delhi

Bendera Malaysia dan sepanduk menghiasai jalan-jalan utama New Delhi sebagai mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India. Foto Astro AWANI

NEW DELHI, 19 Ogos – Bendera Malaysia dan sepanduk menghiasi jalan-jalan utama New Delhi sebagai mengalu-alukan ketibaan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India.

Selain laluan ke Air Force Station, Palam, sepanduk itu turut digantung di sepanjang laluan ke India Gate dan ke kediaman rasmi Presiden India, Rashtrapati Bhavan.

Sepanduk yang tertulis ‘Selamat Datang Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Anwar Ibrahim’ itu turut mencuri tumpuan rakyat tempatan.

Bendera Malaysia dan sepanduk menghiasai jalan-jalan utama New Delhi sebagai mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India. Foto Astro AWANI

Hubungan kedua-dua negara bermula pada 1957 apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos.

Malah India antara enam negara pertama menubuhkan perwakilan di Kuala Lumpur.

Menyertai Anwar ialah Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Digital, Gobind Singh dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Bendera Malaysia dan sepanduk menghiasai jalan-jalan utama New Delhi sebagai mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India. Foto Astro AWANI

Turut serta, Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran; Pengerusi Unit Transformasi Masyarakat India, P Prabakaran serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Ini merupakan lawatan sulung Anwar ke India selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Isnin ini.

Anwar sebelum ini pernah berkunjung ke republik itu pada Januari 2019 untuk menghadiri persidangan di New Delhi dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Narendra Modi ketika itu.

Selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar menerima kunjungan hormat Menteri Luar India, Dr S Jaishankar pada Mac lalu di Putrajaya, yang mengulangi pelawaan Modi untuk beliau melawat India.

– Oleh Umavathi Ramayah


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *