Belanjawan 2026: Kerajaan Jimat RM15.5 Bilion Penyasaran Subsidi, Disalur Kepada Rakyat – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2026. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Di bawah pentadbiran kerajaan MADANI, keseluruhan penyasaran subsidi yang dilaksanakan berjaya menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, penyasaran subsidi yang berjaya dijimatkan membabitkan pengapungan harga ayam dan telur masing-masing menjimatkan RM1 bilion, penstrukturan tarif elektrik yang secara purata menjimatkan RM6 bilion dan penyasaran subsidi diesel yang menjimatkan RM5 bilion.

Selain itu, penyasaran subsidi RON95 berpotensi menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion, dengan rakyat menikmati harga minyak lebih rendah iaitu RM1.99.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2026. Foto Bernama

Perdana Menteri, menambah, setiap penjimatan bermakna lebih banyak dana untuk kebajikan, peruntukan untuk kos sara hidup dan pelaburan prasarana rakyat yang berkualiti.

Ini seterusnya membolehkan penjimatan yang diperoleh dapat disalurkan kembali kepada rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *