Bekas Ketua Bersatu Selangor Isytihar Sokong Kepimpinan MB Amirudin

ADUN Selat Klang, Abdul Rashid Asari menyatakan sokongan kepada kepimpinan kerajaan Selangor diterajui Datuk Seri Amirudin Shari. Foto Arkib

SHAH ALAM, 6 Mac – Bekas Ketua Badan Pimpinan BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, hari ini mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Abdul Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti perkembangan semasa dan mengambil kira beberapa faktor utama.

“Keputusan ini dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan setelah saya meneliti Titah Ucapan Sultan Selangor yang memuji pentadbiran Kerajaan Selangor berada di landasan tepat, demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Rashid berkata, beliau kekal komited sebagai ahli BERSATU dan akan terus berkhidmat sebagai ADUN Selat Klang.

ADUN Selat Klang, Abdul Rashid Asari menyatakan sokongan kepada kepimpinan kerajaan Selangor diterajui Datuk Seri Amirudin Shari. Foto Arkib

“Saya turut mengambil keputusan ini bagi memastikan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor terutama penduduk di kawasan N44 Selat Klang yang akan menerima manfaat dari kerajaan yang stabil serta padu,” kata kenyataan itu lagi.

Rashid menjadi ADUN pembangkang pertama menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri setelah Ahli Parlimen Tanjong Karang di Selangor, Zulkafperi Hanafi bertindak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat pusat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *