Bekalan Air Sandakan Pada Tahap Kritikal

Bekalan air di Sandakan kini berada pada tahap kritikal kerana kemarau serta tiada simpanan air. Foto Hiasan

SANDAKAN, 29 MacBekalan air di sini dalam keadaan kritikal memandangkan loji takungan air Hilltop kini ditutup kerana tiada simpanan air berlebihan.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Air dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sandakan baru-baru ini.

“Keadaan itu berlaku disebabkan musim kemarau di sini yang dijangka berakhir pada pertengahan April depan.

“Kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air adalah seperti dalam bandar Sandakan, Bandar Ramai-Ramai, Bandar Leila dan Tanah Merah,” kata satu kenyataan di sini, semalam.

Bagaimanapun katanya, perkhidmatan bekalan air dari Loji Segaliud akan terus beroperasi untuk membekalkan air ke Loji Hilltop bagi memenuhi permintaan pengguna.

Adalah diharapkan para penduduk terutama beragama Islam dapat menunaikan solat sunat istisqa atau solat memohon hujan semasa kemarau bagi mengurangkan kesan yang dialami kini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *