Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat kedai Amir Raja Lawak selepas merasmikan penutupan Program MADANI Rakyat Peringkat Kelantan 2025 di Kota Bharu pada Ogos lalu.

KUALA LUMPUR, 22 Sep – Pelakon Amir Raja Lawak, 36, memaklumkan bapanya, Azmi Deris meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian malam ini.

Khabar duka berkenaan dimaklumkan oleh Amir menerusi Facebooknya malam ini.

“Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun.

“Dukacita dimaklumkan abah saya, Azmi (Abe Mie Usm) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.

“Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga, aamiin,” tulisnya ringkas.

Amir turut memberitahu, apa-apa urusan lanjut berkaitan bapanya, akan dimaklumkan di Facebooknya.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Amir Raja Lawak bagi meringankan beban kos rawatan penyakit ayahnya di Putrajaya.

Terdahulu, pada pertengahan Julai lalu, Amir memaklumkan bapanya menghidap kanser usus dan keadaan bapanya semakin hari semakin uzur dan lemah.

Kesihatan bapa Amir turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melawat kedai Amir ketika Program MADANI Rakyat Peringkat Kelantan beberapa bulan lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *