Banjir Kilat Landa Sandakan Hari Ini

Banjir kilat melanda daerah Sandakan, Sabah hari ini.
SANDAKAN, 3 Feb – Beberapa kawasan sekitar daerah sini, Sabah dilanda banjir kilat susulan hujan lebat awal pagi tadi.
Antara kawasan dinaiki air adalah Taman Fajar, Taman Merpati, Taman Rajawali serta beberapa laluan ke bandar, jalan utara dan Batu Tujuh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Fuad Malek dalam kenyataan menasihati orang ramai dan pengguna jalan raya agar tidak panik.
Katanya, agensi keselamatan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan situasi terkawal.
Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Sungai Sibuga, Datuk Amirshah Yaacob turut meninjau kawasan terjejas.
Beliau berharap pihak berwajib mengambil langkah proaktif dengan melakukan penyelenggaraan terutama kawasan parit bagi mengelak aliran air tersumbat.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
