ASEAN 2026: Peluasan Kerjasama Serantau Fokus Utama Pertemuan PM Anwar-PM Wong

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Lawrence Wong di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 di Cebu, Filipina pada 7 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

CEBU, 7 Mei – Pengukuhan hubungan diplomatik dan peluasan kerjasama strategik di rantau ASEAN antara Malaysia dan Singapura menjadi agenda utama pada pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya, Lawrence Wong di sini, hari ini.

Pada pertemuan dua hala di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 hari ini, kedua-dua pemimpin memberi tumpuan kepada pelbagai bidang utama termasuk ekonomi, tenaga serta keterhubungan serantau.

Menurut Anwar kedua-dua negara turut memperkukuh kerjasama strategik melibatkan kepentingan bersama dan kestabilan serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Lawrence Wong di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 di Cebu, Filipina pada 7 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Antara fokus utama yang dibincangkan termasuk mempercepat pelaksanaan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ), memastikan projek RTS Link beroperasi menjelang akhir 2026 serta memperluas kerjasama tenaga boleh diperbaharui dan ASEAN Power Grid.

Anwar berkata, kerjasama dalam bidang Carbon Capture and Storage (CCS) turut diperkukuh, di samping perbincangan berkaitan isu sempadan maritim, bekalan air, ruang udara serta pengurusan Kuala Lumpur Flight Information Region (KL FIR).

“Dalam membicarakan perkembangan serantau dan antarabangsa, Malaysia menekankan kepentingan gencatan senjata berkekalan di Timur Tengah dan kebebasan pelayaran di Selat Hormuz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Lawrence Wong di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 di Cebu, Filipina pada 7 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“(Selain itu) keperluan ASEAN terus memainkan peranan yang berprinsip dalam memelihara kestabilan, keselamatan dan kelangsungan rantaian bekalan global,” jelasnya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *