ASEAN 2025: PM Singapura Tiba Di Malaysia Untuk Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong pada Pemukiman Malaysia-Singapura di Rumah Tangsi Kuala Lumpur pada 6 Januari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
SEPANG, 25 Mei – Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong tiba di sini hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan sidang kemuncak berkaitan, yang akan bermula esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Wong yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 8.57 malam dengan penerbangan komersial, disambut mesra di Kompleks Bunga Raya oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Sebaik tiba, Wong memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 28 anggota termasuk pegawai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat).

Delegasi diketuai Wong yang diiringi bersama isteri Loo Tze Lui yang tiba kali ini merupakan acara rasmi pertama beliau setelah mengangkat sumpah jawatan bersama kabinet di Istana pada Jumaat susulan Pilihan Raya Umum republik itu pada 3 Mei lalu.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di ibu negara pada 26 dan 27 Mei ini, berserta dengan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, edisi tahun ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, selepas menerajui blok serantau itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
