AS Hentikan Sementara Proses Visa Bagi 75 Negara

Jabatan Negara AS berkata penggantungan itu akan bermula pada 21 Januari dan akan diteruskan untuk tempoh yang tidak ditetapkan sehingga jabatan berkenaan menjalankan penilaian semula terhadap proses pemprosesan visa. Foto Fox News

WASHINGTON, 14 Jan – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara semua pemprosesan visa bagi 75 negara, termasuk Somalia, Russia, Afghanistan, Brazil, Iran, Iraq, Mesir, Nigeria, Thailand dan Yaman, lapor Xinhua memetik laporan Fox News pada Rabu.

Penggantungan itu akan bermula pada 21 Januari dan akan diteruskan untuk tempoh yang tidak ditetapkan sehingga jabatan berkenaan menjalankan penilaian semula terhadap proses pemprosesan visa, menurut laporan itu.

Perkembangan terbaru itu dibuat sehari selepas Rumah Putih mengumumkan penamatan status perlindungan sementara (TPS) untuk pendatang Somalia susulan dakwaan penipuan di Minnesota.

Pada Isnin, jabatan itu menyatakan menerusi media sosial bahawa lebih 100,000 visa dibatalkan sejak Presiden AS, Donald Trump, memegang jawatan hampir setahun lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *