Arsenal Benam Leicester, Man City Cicir Mata

Leandro Trossard meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika Arsenal bangkit membenam Leicester City di Emirates pada Sabtu. Foto AFP

LONDON, 28 Sep – Arsenal mensia-siakan kelebihan dua gol tetapi kemudian menjaringkan dua gol lagi pada masa kecederaan untuk mencatat kemenangan 4-2 ke atas Leicester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (PL), sebentar tadi.

Skuad bimbingan Mikel Arteta mendominasi Leicester di separuh masa pertama dengan Gabriel Martinelli menjaringkan gol pertamanya musim ini pada minit ke-20.

Martinelli kemudian mencipta peluang untuk Trossard menyempurnakan gol kedua Arsenal pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Penyerang Arsenal Kai Havertz meraikan jaringannya pada masa kecederaan. Foto Reuters

Leicester bagaimanapun merapatkan jurang menerusi jaringan James Justin yang menewaskan David Raya pada minit ke-47.

Justin kemudian melakukan voli untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-63 sekali gus mengejutkan tuan rumah.

Namun, Arsenal tidak menyerah kalah dan Trossard menjaringkan gol berpunca daripada sepakan sudut Bukayo Saka pada minit keempat masa kecederaan sebelum Kai Havertz mengesahkan kemenangan.

Kemenangan itu menyaksikan Arsenal berkongsi 14 mata pendahulu liga, Manchester City yang sebelum itu seri 1-1 dengan Newcastle United.

Liverpool pula berpeluang memintas Arsenal dan City andai menang ke atas Wolves jam 2.30 pagi nanti.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *