APEC 2025: 15 Syarikat Gergasi AS Mahu Luaskan Pelaburan Ke Malaysia – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi intervensi Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025 dengan tema “Membina Asia-Pasifik yang Bersedia Menghadap Masa Hadapan” di Gyeongju, Korea Selatan pada 1 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

GYEONGJU, 1 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sekurang-kurangnya 15 syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) menyatakan minat sama ada untuk mengembangkan atau memudah cara pelaburan di Malaysia.

Antara syarikat-syarikat terbabit termasuklah Microsoft Corp, Amazon Web Services (AWS), Philip Morris International dan JP Morgan Chase selain beberapa lagi syarikat yang bakal membuka pejabat khas bagi meneliti prospek pelaburan dan perniagaan di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi intervensi Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025 dengan tema “Membina Asia-Pasifik yang Bersedia Menghadap Masa Hadapan” di Gyeongju, Korea Selatan pada 1 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, perkembangan itu susulan kunjungan Presiden AS, Donald Trump ke ibu negara semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dipengerusikan Malaysia baru-baru ini.

Pelaburan, minat mendalam syarikat Amerika

“Kita bertemu dengan Pakatan Perniagaan AS yang melibatkan syarikat-syarikat besar negara itu (yang nyatakan minat) sama ada mahu mengembangkan pelaburan atau (menyatakan) beberapa usul untuk memudah cara dari segi pelaburan AS di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi intervensi Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025 dengan tema “Membina Asia-Pasifik yang Bersedia Menghadap Masa Hadapan” di Gyeongju, Korea Selatan pada 1 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ini juga tindakan susulan setelah kunjungan Presiden Donald Trump ke Malaysia,” katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja tiga hari sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di sini, hari ini.

“(Syarikat yang menyatakan minat itu meliputi bidang) farmaseutikal, semikonduktor dan perkhidmatan kewangan (melibatkan) sekitar 15 hingga 16 syarikat,” katanya mengulas hasil mesyuarat Pakatan Perniagaan APEC-AS yang berlangsung semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi intervensi Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025 dengan tema “Membina Asia-Pasifik yang Bersedia Menghadap Masa Hadapan” di Gyeongju, Korea Selatan pada 1 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mengulas pertemuannya dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent di luar mesyuarat APEC, Anwar berkata kedua-dua negara akan terus memperkukuh hubungan ekonomi dua hala termasuk komitmen bersama antara Perbendaharaan AS dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Melalui satu kenyataan selepas pertemuan itu, Perdana Menteri berkata hubungan kukuh ini penting bagi memastikan kestabilan dasar kewangan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent di sela-sela Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2025 (APEC 2025) di Gyeongju, Korea Selatan pada 31 Oktober 2025. Foto PMO

“Tumpuan turut diberikan kepada usaha memperkukuh pertalian ekonomi dua hala.

“Ini termasuk komitmen bersama antara Perbendaharaan AS dan BNM dalam memastikan dasar pertukaran mata wang yang berdaya tahan, kestabilan pasaran kewangan, serta tadbir urus yang telus dan berintegriti,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi intervensi Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025 dengan tema “Membina Asia-Pasifik yang Bersedia Menghadap Masa Hadapan” di Gyeongju, Korea Selatan pada 1 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perkukuh kerjasama strategik

Perdana Menteri juga berkata, Malaysia komited memperkukuh kerjasama strategik dengan AS berlandaskan prinsip keterbukaan, keadilan dan hormat-menghormati demi menjamin kestabilan, kemakmuran dan keamanan serantau.

“Pertemuan itu secara tidak langsung meneruskan momentum hubungan erat yang telah terjalin semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi intervensi Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025 dengan tema “Membina Asia-Pasifik yang Bersedia Menghadap Masa Hadapan” di Gyeongju, Korea Selatan pada 1 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ia turut memberi ruang untuk membincangkan pelbagai aspek hubungan perdagangan serta kewangan antara Malaysia dan AS,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *