Tindakan Khairy ‘menjolok sarang tebuan’ menerima padah apabila dua menteri membuat laporan polis terhadap bekas menteri kesihatan kerajaan tebuk atap 33 bulan itu.

PENDAPAT, 11 Jan – Tidak mengejutkan malah seperti dijangka, dua setiausaha politik menteri membuat laporan polis terhadap Khairy Jamaluddin adalah satu langkah penting dalam menegakkan keadilan dan menepis fitnah serta sangkaan jahat yang dilemparkan oleh individu berkenaan.

Selaku pemimpin yang dipecat daripada Umno dan kini tidak berparti, Khairy seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan mahupun pertanyaan di mana-mana platform media sosial walaupun mungkin pandangannya ‘masuk akal’ pada sesetengah pihak.

Namun perkataan ‘komplot’ yang didakwa menjadi subjek yang mengandungi unsur-unsur pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan terutamanya kepada Datuk Seri Azalina Othman Said dan Dr. Zaliha Mustafa menjadi asbab bahawa Khairy mesti bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan menerusi audio siar (podcast).

Kenyataan yang dibuat oleh Khairy (kanan) itu tidak benar dan memburukkan imej Azalina sebagai menteri Kabinet.

Laporan itu dibuat supaya siasatan dapat dijalankan terhadap bekas Menteri Kesihatan itu secara keseluruhannya kerana berniat jahat memfitnah dan menghina nama baik Azalina dan Dr Zaliha.

Dalam dunia politik, tuduhan palsu dan fitnah boleh memberi kesan besar terhadap integriti serta kepercayaan rakyat terhadap pemimpin yang dituduh tanpa dapat membela diri daripada pandangan sebelah pihak ketika bersiaran di audio siar terbabit.

Adalah wajar tindakan membuat laporan polis ini bukan sahaja untuk membersihkan nama masing-masing, tetapi yang lebih penting ialah memberi amaran kepada mana-mana pihak lain yang cuba menangguk di air keruh menuduh sesedap hati kepada orang lain tanpa bukti yang sahih.

Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan Nor Azrina Surip menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Khairy Jamaluddin di IPD Putrajaya pada Sabtu.

Difahamkan dua laporan polis berkenaan akan menjadi asas kepada pihak berkuasa melakukan siasatan dan jika terbukti ada unsur fitnah, Khairy pasti menerima padah.

Sebagai seorang ‘terpelajar dari Oxford yang kerap dibanggakan’, ternyata tuduhan Khairy amat memalukan dirinya sendiri seolah tidak mengkaji fakta dan maklumat sahih malah menggunakan perkataan tidak tepat bagi membuktikan dakwaan beliau hingga dua laporan polis dibuat hari ini.

“Saya juga mohon siasatan dijalankan terhadap Khairy atas kesalahan penyebaran maklumat palsu, mengganggu ketenteraman awam dan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian media sosial beliau untuk menyebarkan maklumat palsu atau mana-mana undang-undang yang terpakai.

“Kenyataan dikeluarkan Khairy adalah tidak benar dan telah memburukkan imej Zaliha. Perkara ini juga mengelirukan rakyat dan menimbulkan perasaan tidak senang serta suasana panik dalam kalangan rakyat sehingga berkemungkinan boleh menggugat keamanan negara,” kata Nor Azrina Surip dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Nah, laporan sudah dibuat, kertas siasatan sedang menunggu masa untuk dibuka dan lepas ni apa pula ‘dalih’ Khairy mempertahankan dakwaan terhadap dua menteri yang kebetulannya dua-dua wanita.

Namun, motif sebenar Khairy berbuat demikian masih kabur, sekabur video seorang pemimpin pembangkang ‘beraksi’ hingga tutup terus hotel itu gara-gara panasnya sehingga ke hari ini.

Kita tunggu saja apa jawapan Khairy, mungkin juga menggunakan audio siar yang sama bagi ‘mempertahankan’ diri atau memohon maaf secara terbuka atau apa sahaja bentuk jawapan yang difikirkan sesuai tidak lama lagi.

Adalah lebih baik KJ tumpu saja jadi penyampai radio dan tak usahlah ‘gatal-gatal’ cakap semberono macam ‘budak tak sekolah tinggi’.

Kenapalah jolok sarang tebuan kalau belum sedia pakai pelindung?


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *