Along Cham, Afreena Sah Bercerai Talak Satu

Mahkamah Syariah Sepang, mengesahkan lafaz taklik oleh Along ke atas Afreena pada 18 Jun 2024.

SEPANG, 30 Sep – Pelawak juga pelakon, Along Cham, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Afreena Suhaimi selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, mengesahkan lafaz taklik oleh pelakon berkenaan pada 18 Jun 2024.

Dalam prosiding hari ini, Hakim Syarie Muhammad Nazri Basrawi memaklumkan mahkamah memutuskan lafaz talak secara taklik oleh plaintif (Along) ketika itu adalah sah sekali gus jatuh talak kepada defendan (Afreena).

“Bagi pengesahan lafaz rujuk pada 29 Jun lalu, pihak defendan sudah mengangkat sumpah nafi bahawa tidak berlaku lafaz rujuk dalam tempoh idah.

Mahkamah Syariah Sepang, mengesahkan lafaz taklik oleh Along ke atas Afreena pada 18 Jun 2024.

“Mahkamah juga memutuskan bahawa lafaz taklik kedua oleh plaintif terhadap defendan pada Julai tahun lalu tidak sempurna dan tidak berlaku cerai kali kedua,” katanya.

Terdahulu, Afreena diminta untuk mengangkat sumpah nafi berhubung dakwaannya yang menyatakan tiada rujuk dibuat oleh plaintif sepanjang tempoh edah.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, membuat permohonan pengesahan lafaz cerai secara taklik yang difailkan pada Januari lalu.

Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu yang juga perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan isteri pertama, Zila Saeron pada September 2016.

– Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *