Aliran Trafik Tinggi Di Lebuh Raya Sempena Cuti Krismas

Pergerakan trafik mulai perlahan di beberapa lokasi lebuh raya ke utara dan timur Semenanjung pada petang cuti Krismas 25 Disember 2025. Foto LLM

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Cuti hari Krismas yang disambut hari ini menyebabkan aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan meningkat dan bergerak perlahan di beberapa lokasi petang ini.

Menurut kemas kini Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 3.32 petang, trafik secara keseluruhannya masih lancar di lebuh raya utama sekitar Lembah Klang, namun aliran trafik tinggi dikesan di laluan menghala ke utara, selatan dan timur Semenanjung.

Di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kesesakan dilaporkan dari Rawang ke Bukit Beruntung, Sungkai ke Bidor, Tapah ke Gopeng, Bandar Baharu ke Jawi, Permatang Pauh ke Sungai Dua serta Bertam ke Sungai Petani.

Trafik mulai sesak di hampir kesemua lebuh raya menjelang berakhirnya diskaun 50 peratus tol pada 11.59 malam 24 Disember 2025.

Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik perlahan dikesan arah utara dari Pandan ke Persimpangan Dato’ Onn serta selepas Plaza Tol Sungai Besi ke Taman Teknologi Bukit Jalil.

Di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, trafik bergerak perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Hentian Sebelah Gombak di kedua-dua arah, selain hujan dilaporkan berlaku sekitar kawasan Gombak.

Bagi arah selatan pula, aliran trafik tinggi dilaporkan dari Nilai ke Bandar Ainsdale serta Pedas Linggi ke Simpang Ampat susulan kemalangan di Kilometer (KM) 227.6 yang menghalang lorong kecemasan.

Kesesakan turut dilaporkan di kawasan R&R Ayer Keroh ke Ayer Keroh serta Kempas ke susur Lebuhraya Pasir Gudang di KM 205.6 akibat insiden kemalangan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *