AJL Sudah Kembali Ke ‘Landasan Asal’

Komposer dan penggubah lagu AG Coco sifatkan AJL kini kembali kepada landasan asal susulan kemenangan Amir Jahari menerusi lagu Hasrat malam tadi.
KUALA LUMPUR, 4 Mac – Komposer dan pemuzik, AG Coco menyifatkan kejayaan Amir Jahari mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38, malam tadi, sebagai pilihan sangat tepat.
AG yang bertindak sebagai penggubah lagu Hasrat yang dipertaruhkan Amir, menyifatkan kejayaan penyanyi berasal dari Sarawak itu sebagai kemenangan paling indah selepas pelbagai onak duri dilaluinya.
“Hasrat adalah lagu yang sangat kuat. Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan keputusan AJL 38. Saya anggap AJL sudah kembali ke landasan asal.
“Saya lihat barisan juri tidak lagi berpaksi kepada lagu yang stereotaip seperti memilih lagu balada atau bernada tinggi.
“Karya Amir adalah satu contoh lagu sedap, puitis dan cukup mendalam kepada pendengar,” katanya ditemui pada sidang media Showcase Jiwa Kacau 2024 anjuran MND Sport & Event Sdn Bhd di sini, hari ini.
AG yang turut menyaksikan AJL 38 secara langsung di Axiata Arena berkata, mesej yang ingin disampaikan Amir dalam lagu Hasrat sampai kepada penonton.
“Saya lihat sendiri orang ramai menangis. Itu bermakna mesej sampai… Ini adalah perkara paling penting untuk semua pengkarya.

“Amir selayaknya menang. Mereka yang kenal Amir tahu bagaimana kesukaran dihadapinya,” katanya.
Malam tadi, Amir diangkat juara AJL 38 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta trofi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
