Aidilfitri 2026: Tatakelola Baik Dorong Dividen Terbaik TH Dalam Tempoh 8 Tahun – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu mencerminkan hasil pembaharuan yang memberi penekanan kepada aspek tatakelola serta usaha memperbetulkan asas institusi berkenaan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengumuman dividen Lembaga Tabung Haji (TH) yang mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lapan tahun merupakan khabar gembira buat umat Islam di negara ini menjelang Aidilfitri.

Perdana Menteri berkata, pencapaian itu mencerminkan hasil pembaharuan yang memberi penekanan kepada aspek tatakelola serta usaha memperbetulkan asas institusi berkenaan.

“Alhamdulillah, pengumuman dividen Tabung Haji (TH) hari ini yang mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lapan tahun hadir sebagai khabar gembira buat umat Islam menjelang Aidilfitri.

“Pencapaian ini mencerminkan hasil pembaharuan yang menekankan tatakelola, memperbetulkan asas institusi serta mengembalikan disiplin dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan TH,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar turut memaklumkan, pembaharuan itu juga adalah ikhtiar untuk mengangkat dan memartabatkan semula TH selaras dengan semangat asal penubuhannya.

“Pembaharuan ini juga adalah ikhtiar untuk kembali mengangkat dan memartabatkan TH selaras dengan semangat asal penubuhannya yang berteraskan pengurusan amanah dan tanggungjawab terhadap kepentingan umat Islam.

“Semoga khabar baik ini menambah rasa syukur dan ketenangan dalam menyambut Aidilfitri, serta memperkukuh keyakinan umat terhadap usaha kita untuk terus memelihara institusi ini demi kepentingan bersama, Insya-Allah,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *