Aidilfitri 2026: Perpaduan Asas Kukuh Negara, Dalam Mendepani Cabaran – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Perutusan Khas sempena Aidilfitri 2026 pada 20 Mac 2026. Foto PMO
PUTRAJAYA, 20 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru seluruh rakyat Malaysia agar kekal bersatu dalam mendepani cabaran semasa.
Dalam Perutusan Khas sempena Aidilfitri 2026 yang disiarkan malam ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia dibina atas asas kepelbagaian yang menjadi tunjang kepada amalan tradisi yang diraikan semua kaum.
“Negara ini dibina atas asas kepelbagaian. Sebab itu kita adakan acara dan tradisi ucap selamat, silaturahim, rumah terbuka ketika Aidilfitri, disambut oleh semua kaum di negara kita. Amalan ini menjadi amalan yang sebati dengan tradisi di negara.
“Tapi dunia kita sekarang terdedah dengan pelbagai pandangan, pendirian dan ujian. Maka kekuatan negara kita terletak pada kebulatan, kesatuan hati, wahdatul fikr, wahdatul amal untuk mempertahankan perpaduan dan keharmonian,” katanya.

“Pada hari kemenangan ini, marilah kita bulatkan tekad merealisasikan agenda Malaysia MADANI sebagai landasan mengangkat martabat insan, menegakkan keadilan, mempertahankan prinsip kebenaran, serta memastikan kemakmuran dirasai bersama dan keselamatan negara terjamin.”
Tegasnya, kerajaan juga akan terus berusaha meringankan beban rakyat, terutama dalam mendepani cabaran susulan ketegangan konflik di Asia Barat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
